Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Lawatan Jelajah Bicara Pekerja bersama kesatuan gabungan MTUC di Sabah diteruskan untuk siri ke-11 di pejabat MTUC Bahagian Sabah.
MTUC bahagian Sabah diwakili oleh Pengerusi MTUC Sabah, Sdra Awang, Setiausaha Agung MTUC Sabah, Sdri Catherine, AJK MTUC Sabah dan wakil dari Kesatuan Sekerja terdiri daripada Kesatuan Pekerja Sabah Telekom, SBEU, KPPSPSB, SCEU dan KPPBS.
Wakil MTUC yang menghadiri mesyuarat ini diketuai oleh Sdra J Solomon, Setiausaha Agung MTUC, Sdra K Soma, Penolong Setiausaha Pendidikan MTUC, Sdra Rudy, Ahli Majlis Am/ Pegawai MTUC MRC SEL / KL dan Sdra Zul Thye, Penyelaras MRC MTUC.
MTUC Bahagian Sabah menghargai mesyuarat ini kerana ini adalah kali pertama para pegawai ibupejabat MTUC datang mengadakan perjumpaan ini dan berharap dialog ini akan diadakan dengan kerap.
Setiausaha Agung KPPSPSB, Sdra Mohd Airy telah berkongsi kisah kejayaan kesatuannya dalam kes Seksyen 20 dan kes-kes di JPP dan mengucapkan terima kasih kepada MTUC kerana memberi latihan dan menyediakan khidmat nasihat dalam menangani perkara di Mahkamah Perindustrian.
Beberapa topik yang menarik telah dibincangkan dan cadangan untuk ibupejabat MTUC membuat susulan bagi kesatuan gabungan di Sabah adalah seperti berikut: –
1. Membangunkan kapasiti untuk menguruskan kesatuan sekerja, Siasatan Dalaman dan untuk mewujudkan lebih banyak Pengamal Perhubungan Perusahaan di Sabah. Ini akan mewujudkan pemimpin yang boleh dipercayai untuk mengurus Kesatuan secara objektif.
2. Keperluan untuk kerajaan sekarang mengkaji semula skim pencen bagi pesara dari GLCS dan GOC yang diswastakan.
3. Kebimbangan daripada Kesatuan dengan kenyataan yang dibuat oleh Kerajaan untuk menyediakan status pemastautin tetap kepada pendatang tanpa izin tanpa pemeriksaan ketat.
4. Isu gaji minimum, di mana pelarasan amaun yang dibayar di Semenanjung Malaysia sepatutnya sama dengan pembayaran di Sabah dan Sarawak.
5. Keperluan Permintaan kepada Kerajaan untuk menjelaskan mengenai pelaksanaan SST.
6. Keperluan untuk menubuhkan MRC di Sabah.
7. Kerajaan perlu memastikan undang-undang diperkenalkan untuk semua pekerja menjadi ahli kesatuan. Ini kerana undang-undang semasa membenarkan pekerja tanpa menjadi ahli kesatuan pekerja mendapat manfaat secara automatik dari Pekerja yang sudah menjadi ahli kesatuan yang merundingkan Perjanjian Bersama.
8. Pelarasan Gaji kepada pekerja senior apabila pelaksanaan gaji minimum
Sdra Solomon juga menasihatkan semua pemimpin kesatuan untuk memastikan mereka memperoleh pengetahuan yang mencukupi untuk mentadbir kesatuan mengikut perlembagaan dan mematuhi kehendak undang-undang untuk mengelakkan daripada melanggar undang-undang negara.
Kita juga harus memastikan sebagai pemimpin kita tidak sepatutnya mengenepikan ahli kita kerana sebagai ahli adakalanya mereka diketepikan oleh beberapa majikan yang tidak bertanggungjawab.
Ibupejabat MTUC memanjangkan penghargaan kepada MTUC Bahagian Sabah kerana menganjurkan makanan laut segar untuk makan malam yang enak dalam suasana nyaman berdekatan laut.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com