Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Latihan Penganjuran Pekerja Migran Untuk Memperkukuhkan Usaha Menghapuskan Buruh Paksa di Peringkat Nasional
MTUC Migrant Resource Centre(MRC) dengan usahasama International Trade Union Confederation(ITUC) dan International Labour Organization(ILO) telah berjaya menjalankan bengkel latihan kepada pekerja migran dari Indonesia yang bekerja di sektor elelektronik.
Penceramah dari MTUC MRC yang mengendalikan bengkel ini adalah Sdra Zul Thye,Penyelaras MTUC MRC, Sdra Rudy, Pegawai MTUC MRC SEL/KL dan Sdra Salleh,Pegawai MTUC MRC Johor.
Di antara objektif kami mengadakan bengkel ini adalah untuk berjumpa dengan pekerja migran dan menyampaikan informasi dan latihan berkenaan hak pekerja,seterusnya menghapuskan sebilangan isu buruh paksa di Malaysia.
Seramai 17 peserta telah hadir dalam bengkel ini dari 4 organisasi elektronik yang berlainan dari Melaka dan Johor. Pihak MTUC MRC telah menerangkan fungsi dan aktiviti MRC, Penerangan berkenaan aplikasi Migrant Recruitment Advisor(MRA), Undang Undang di Malaysia yang melindungi pekerja migran, hak pekerja migran di Malaysia, Peranan Kesatuan Sekerja dalam melindungi semua pekerja di Malaysia dan Menganjurkan pekerja migran untuk menjadi ahli kesatuan.
Disamping itu juga, pekerja migran telah dilatih bagaimana mahu menyertai kesatuan sekerja dan terlibat di dalam proses rundingan perjanjian bersama.
Di akhir bengkel ini, kami telah mengenal pasti beberapa perkara yang melibatkan gejala buruh paksa berlaku di tempat kerja mereka yang telah disampaikan oleh peserta.
Isu pekerja migran akan dikendalikan oleh pihak MTUC MRC melalui campurtangan pihak berkuasa selari dengan Undang Undang Buruh dan Protokol dan Rekomendasi Buruh Paksa 2014 ILO.
MTUC mengucapkan tahniah kepada Penyelaras MTUC MRC dan juga pegawainya yang telah mengorbankan hari rehat mereka di sebalik kesibukan di waktu kerja hari biasa atas kesungguhan mereka membantu pekerja migran
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com