27-2-2019 Wisma MTUC
1 Mac 2019 Print page
Kunjungan dari Kesatuan Pekerja Pekerja Pewter & Kraftangan Sem. Malaysia ke MTUC telah diadakan pada hari ini. Sdra Mohd Mazlee, Presiden Kesatuan bersama dengan Naib Presiden,Sdra Abdul Hakim, Setiausaha,Sdri Haliza, Bendahari,Sdra Roslan dan juga Penolong Setiausah, Sdra Hasim telah hadir dan berjumpa dengan Sdra J Solomon, Setiausaha Agung, Sdra K Soma, Penolong Setiausaha dan Sdra Zul Thye,Penyelaras MTUC MRC.
Tujuan pihak Kesatuan hadir pada hari ini ialah untuk mendapatkan khidmat nasihat dari MTUC berkenaan suatu pertiakaian perusahaan yang sedang berjalan di Mahkamah Rayuan.
Sdra J Solomon telah memberikan pandangan dan nasihat untuk Kesatuan untuk dijadikan sebagai usaha dalam me yelesaikan pertikaian ini. Pihak MTUC berharap pertikaian tersebut akan diselesaikan dalam masa terdekat ini dengan hasil yang baik kepada pihak Kesatuan.