26-28 FEBRUARI 2018, SWISS GARDEN, Kuala Lumput
28 Februari 2018 Print page
Latihan untuk pekerja dan Pertubuhan Masyarakat Awam (CSO):-
Perkhidmatan Pengurusan Kes bagi Pekerja Migran di Malaysia yang dikendalikan oleh ILO Kuala Lumpur.
MTUC MRC telah diwakili oleh Bro Rudy Rusly, Bro Mohd Salleh Ahmad, Bro Khairuddin Husup dan Bro Zul Thye.
Latihan ini bertujuan untuk mencapai perkara-perkara berikut:
🔵 Meningkatkan keupayaan pekerja yang mengendalikan kes untuk mendengar dan berkomunikasi dengan berkesan untuk membolehkan mereka mendapat maklumat yang boleh dipercayai dan lengkap dari pekerja migran, sambil memupuk sikap empati, saling menghormati dan kepekaan terhadap perbezaan budaya
🔵Untuk mempelajari kaedah-kaedah mengenai dokumentasi kes secara berterusan dan menguruskan maklumat daripada klien secara privasi.
🔵 Untuk menganalisa maklumat yang diperolehi daripada pekerja migran yang bermasalah secara efektif dan mengenal pasti pendekatan terbaik ke arah penyelesaian
🔵Untuk meningkatkan keupayaan pekerja yang mengendalikan kes untuk membincangkan kes secara berkesan, perundingan berkenaan terma dan bekerjasama ke arah penyelesaian dengan agensi pekerjaan, majikan, penguatkuasa undang-undang dan pegawai kerajaan
🔵Untuk mengenal pasti bidang kerjasama dan berkongsi amalan terbaik dan pengajaran dalam perkhidmatan pengurusan kes.