Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Menerima kunjungan delegasi
pelajar-pelajar dari Queen Mary University of London. Seramai 30 pelajar yang diketuai oleh Pensyarah Bidang Economic Geography, Dr Gale Raj-Reichert telah tiba di Wisma MTUC pada jam 3.00petang tadi.
Wakil MTUC yang turut serta dalam majis ini ialah Sdra Jey Kumar, Naib Presiden Sektor Swasta MTUC, Sdra Somahsundram, Pegawai Pendidikan MTUC dan Sdra Zul Thye,Penyelaras MRC MTUC.
Sdra Jey Kumar memulakan majlis dengan ucapan kata-kata aluan dan mengucapkan terima kasih kepada delegasi ini kerana sudi melawat MTUC sebagai salah satu destinasi lawatan sambil belajar mereka. Sdra Somahsundram turut memberikan ucapan dan memberi penerangan berkenaan sejarah Kesatuan Sekerja di Malaysia, Sejarah Penubuhan MTUC dan beberapa penerangan lain berkaitan Kesatuan Sekerja dan Perundangan Malaysia.
Akhir sekali, Sdra Zul Thye membentangkan informasi berkaitan fungsi dan tanggungjawab Pusat Sumber Pekerja Migran MTUC dan perkara berkaitan pekerja migran di Malaysia.
Sesi ini berjalan dengan begitu baik dan banyak memberikan input kepada pelajar – pelajar apabila sesi soal jawab berlangsung.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com