Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
OLEH MELATI A. JALIL
Lebih 20,000 pekerja pelbagai sektor diambil secara berlebihan setakat September tahun lalu, kata Persekutuan Pekerja Malaysia (MEF), petanda cabaran bagi syarikat besar pada tahun ini.
Tanpa petanda peningkatan ramalan ekonomi suram, Pengarah Eksekutif MEF Datuk Shamsuddin Bardan berkata, trend itu menunjukkan ia akan berterusan sehingga 2016, dengan lebih banyak pekerja diberhentikan dan syarikat gulung tikar.
Sebagai perspektif, dilaporkan lebih 10,000 pekerja diberhentikan pada 2014.
Turut dilaporkan pengeluar kereta Naza Automotive Manufacturing Sdn Bhd memberhentikan 255 pekerja di kilangnya di Gurun, Kedah dan CCM Fertilisers Sdn Bhd, anak syarikat Chemical Company of Malaysia Bhd, mengumumkan pelepasan 232 kakitangan sebagai rancangan penutupan salah satu kilangnya pada Jun tahun ini.
Di samping pemberhentian pekerja swasta, Shamsuddin berkata sektor awam juga perlahan dalam pengambilan pekerja dan hanya membuka beberapa jawatan yang benar-benar perlu.
“Kerajaan ialah contoh terbaik (pengambilan pekerja perlahan), mereka sebenarnya membekukan pengambilan pada 2015 kecuali untuk jawatan kritikal, jadi itu saja menutup 15,000 peluang pekerjaan dalam sektor awam,” katanya.
Pilihan lain
Ditanya jika pemberhentian adalah pilihan kebanyakan syarikat dalam mengurangkan perbelanjaan mereka, Shamsuddin berkata langkah itu sepatutnya menjadi pilihan terakhir.
Katanya, ada banyak lagi amalan lain seperti mengurangkan gaji atau meminta pekerja bercuti tanpa gaji.
“Bagi syarikat, mereka tahu ini masa sukar tetapi jika ekonomi pulih, mereka boleh dengan cepat panggil semua pekerja dan memulakan kembali perniagaan.
“Apa yang kita cuba elak ialah situasi di mana majikan dan pekerja terpisah, dan apabila ekonomi mulai pulih majikan terpaksa bersusah payah mencari pekerja sesuai, latih mereka dan dalam situasi itu, pusingannya agak panjang dan mereka mungkin terlepas beberapa peluang,” katanya.
Shamsuddin memberi contoh tindakan Cycle and Carriage Bintang Berhad lakukan ketika krisis kewangan terdahulu, di mana syarikat itu memberi pilihan kepada pekerja mengambil cuti dan membenarkan mereka melakukan kerja lain ketika krisis bagi mengekalkan tenaga kerja berkemahiran.
“Mereka tidak mahu kehilangan pekerja mahir, terutama di seksyen penyelenggaraan, kepada pesaing, tetapi tidak mampu mengekalkan gaji penuh, jadi mereka beri opsyen kepada pekerja untuk ambil cuti dan tidak perlu datang kerja tetapi dibayar jumlah gaji tertentu.
“Dan langkah itu terbukti berjaya kerana apabila ekonomi pulih, mereka masih ada pekerja mahir,” katanya.
Shamsuddin berkata, polisi positif kerajaan juga perlu bagi menggalakkan syarikat bertahan dan mengekalkan pekerja mereka selama mungkin.
Katanya, beberapa negara menyediakan insentif kepada majikan yang tidak memberhentikan pekerja mereka ketika waktu sukar.
Sementara itu, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) N. Gopal Kishnam berkata, trend semasa syarikat mengurangkan pekerja amat membimbangkan.
“Kebanyakan sekutu MTUC menyebut mengenai syarikat melaksanakan VSS (skim pemisahan sukarela). VSS sama dengan pemberhentian.
“Walaupun ia sukarela, dalam kebanyakan keadaan kakitangan pengurusan pertengahan akan meyakinkan pekerja tetap perlu dikeluarkan, mereka (pengurusan) akan guna pelbagai taktik untuk meyakinkan mereka (ambil VSS).
“Ini sangat berkait dengan dasar kerajaan, ia tiada kena mengena dengan tenaga pekerja atau gaji lebih tinggi. malah, gaji di sini jauh lebih rendah dibandingkan negara Asean seperti Thailand atau Indonesia,” katanya.
Katanya, sukar memastikan jika pembuangan pekerja dilakukan mengikut undang-undang kerana majikan menggunakan pendekatan berbeza seperti VSS atau MSS (skim pemisahan bersama).
“Bila ia VSS atau MSS, ia tidak boleh diguna pakai kepada peruntukan Akta Pekerja.
“Jadi terpulang kepada majikan dan pekerja berkenaan untuk berunding mengenai terma dan syarat pemisahan mereka dan sangat susah untuk kata sama ada kebanyakan mereka mengikut undang-undang atau tidak,” katanya.
Gopal berkata Putrajaya perlu ada dasar kukuh mengatasi situasi itu kerana senario politik semasa tidak banyak membantu meyakinkan pelabur.
Katanya, pekerja juga bimbang majikan menggunakan keadaan ekonomi hari ini sebagai alasan dan peluang menggantikan pekerja tetap dengan pekerja asing yang lebih murah gajinya untuk menjimatkan kos. – 5 Januari, 2016.
Sumber: Malaysian Insider
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com