Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
2-3 Disember 2019, Kota Kinabalu, Sabah
Ini adalah hari ke-3 pihak Ibu pejabat MTUC dengan kerjasama Solidarity Center berada di Kota Kinabalu, Sabah untuk menganjurkan bengkel 2 hari berkenaan Pembangunan Kapasiti Kesatuan Sekerja dan Bantuan Teknikal kepada semua peserta.
Objektif bengkel ini dijalankan untuk membantu pemimpin kesatuan sekerja di Sabah bagi mempertingkatkan peranan masing-masing sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan membantu mempertingkatkan faedah dan keselamatan ahlinya.
Disamping itu juga, ibu pejabat MTUC juga mengharapkan pembabitan 100% dari semua peserta untuk mengemukakan segala persoalan dan bantuan teknikal yang diperlukan untuk mengukuhkan lagi tadbir urus kesatuan masing-masing.
Seramai 20 pemimpin kesatuan sekerja yang terdiri dari 15 Lelaki dan 5 Wanita dari pelbagai kesatuan sekerja telah hadir dalam hari pertama bengkel tersebut. Sdra Zul Thye dan Sdra Rudy yang mewakili MTUC Pusat telah mengendalikan bengkel ini sebagai penceramah dan pemudahcara. Encik Wilibrodus Balawala turut hadir untuk untuk memberikan penerangan kepada semua peserta berkenaan peranan Solidarity Center secara global membantu semua pekerja.
Sdra Zul Thye telah membentangkan peranan MTUC Pusat yang membantu semua ahli kesatuan gabungan, golongan pekerja tempatan, pekerja migran dan pekerja pembantu rumah asing. Ini dapat direalisasikan dengan penubuhan Pusat Khidmat Pekerja di ibupejabat MTUC dan juga MTUC Bahagian di seluruh Malaysia dan juga Migrant Resource Center dengan kolibirasi bersama ILO di Penang, Selangor/Kuala Lumpur dan di Johor.
Encik Wilibrodus Balawala pula telah memberikan tugasan kepada semua peserta dengan mengemukan beberapa soalan kaji selidik berkenaan sumbangan semua peserta kepada kesatuan masing-masing. Kaji selidik ini akan diteruskan di sesi akhir bengkel bagi mengetahui sejauh mana kefahaman peserta dalam peranan mereka dalam Kesatuan Sekerja. Informasi berkenaan ciri-ciri pemimpin yang berjaya di dalam pengurusan Kesatuan Sekerja diterangkan dengan terperinci.
Sdra Rudy pula meneruskan bengkel ini dengan membentangkan informasi dan maklumat berkenaan bagaimana hendak menjadi ahli dan pemimpin yang bertanggungjawab dan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan dan pentadbiran Kesatuan Sekerja.
Seterusnya, Sdr Rudy dipertanggungjawabkan oleh SetiausahaAgung MTUC, Sdr J Solomon untuk mengerakkan kempen organizing supaya meningkatkan ahli-ahli kesatuan dan rekruit pekerja baru menjadi ahli kesatuan.
Peserta-Peserta di terangkan cara-cara mengadakan kempen organizing yang berkesan. Kertas kerja dan pembentangan yang perlu dilakukan oleh peserta adalah menggunakan konsep SMART, Power Mapping dan Analisa SWOT.
Semua peserta dikehendaki memberikan pembentangan masing-masing di sesi pagi pada keesokkan harinya.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com