Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MTUC DARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KELANTAN
Sekumpulan pelajar seramai 25 orang dari bidang Pentadbiran Awam yang diketuai oleh wakil pelajarnya, Sdri Kalsom Lazim dan Sdri Nursyahida Binti Zulkifli,Pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi telah hadir ke Wisma MTUC petang ini untuk menjayakan projek Lawatan Sambil Belajar Pelajar Pentadbiran Awam UiTM Kelantan untuk subjek PAD363 – Hubungan Perusahaan.
Lawatan mereka di sambut baik oleh Sdra Zul Thye,Penyelaras MTUC MRC dan juga Sdri Christina, PA kepada Setiausaha Agung MTUC.
Objektif utama lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada mahasiswa Diploma Pentadbiran Awam (FSPPP) mengenai beberapa perkara yang berkaitan dengan MTUC antaranya peranan, isu yang berkaitan dengan kesatuan sekerja dan perkara perkara lain yang berkaitan kesatuan sekerja.
Di antara pembentangan yang disampaikan oleh Sdra Zul yang sekaligus menjawab persoalan yang diusulkan oleh mereka adalah Pengenalan MTUC, Kejayaan dan Pengiktirafan yang dicapai MTUC, Penglibatan MTUC di dalam perbincangan berkenaan polisi bersama pihak kerajaan dan pemegang taruh, isu – isu terkini yang diperjuangkan MTUC.
Keseluruhan progrm berjalan lancar dan semua yang hadir amat berterima kasih di atas penerangan dan pembentangan yang diberikan. Ini amat membantu kepada semua pelajar di semester 5 (tahun akhir) mereka kerana topik Kesatuan Sekerja termaktub di dalam subjek PAD 368 iaitu berkenaan Hubungan Perusahaan.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com