Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Program Outreach MTUC ke-4
MTUC berada di mana mana sahaja – Demi Pekerja! Itulah ungkapan yang menjadi inspirasi dan motivasi untuk setiap ahli Task Force dalam meneruskan Program Outreach MTUC 2019 yang ke-4 ini. Di antaranya adalah Sdra Rudy, Setiausaha Agung CEUPM, Sdra Salleh, Setiausaha Eksekutif EIEUSR, Sdra Fitri, Mantan Setiausaha AIROD dan Sdra Zul Thye, Penyelaras Projek MTUC.
Lokasi program kali ini agak berbeza sedikit dengan lokasi sebelum ini kerana kami yakin bahawa ini lah salah satu cara MTUC perlu di mana mana sahaja demi pekerja. Kami berjaya mengedarkan hampir 250 risalah berkenaan MTUC di Pasar Borneo ini yang rata-rata pengunjungnya adalah warga pekerja berasal dari Sabah dan Sarawak. Di samping itu juga, kami berkesempatan bertemu dan memberikan penerangan berkenaan peranan MTUC kepada beberapa pekerja asing.
Kami percaya dan lebih yakin lagi untuk meneruskan program tersebut ke tempat tempat tumpuan ramai seperti pasaraya, pasar besar,terminal bas dan lain lain tempat yang bersesuaian kerana program kali ini menarik minat ramai pengunjung dari golongan pekerja yang sering bertanya berkenaan hak hak pekerja dan undang undang pekerjaan yang berkaitan.
Program seterusnya telah dirancang untuk diadakan di utara tanah air dalam masa terdekat ini. Semoga segala usaha kita dalam memperkenalkan MTUC kepada semua lapisan masyarakat dan memperjuangkan nasib pekerja di Malaysia dipermudahkan.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com