17-8-2019, Pasaraya Kipmall, Masai-Johor
17 Ogos 2019 Print page
PROGRAM OUTREACH MTUC KE-3
MTUC meneruskan Program Outreach yang ke-3 di Pasaraya Kipmall Masai,Johor hari ini. Program Outreach MTUC 2019 ini adalah hasil koloberasi antara MTUC dan juga Solidarity Center dengan tujuan untuk berjumpa dengan golongan masyarakat khususnya golongan pekerja tempatan mahupun pekerja migran di Malaysia untuk memberi penerangan berkenaan fungsi dan peranan MTUC dalam memperjuangkan hak semua pekerja diseluruh Malaysia.
Program ini telah berjaya dijalankan oleh Sdra Boscko, Setiausaha MTUC bahagian Johor, Sdra Salleh, EIEUSR, Sdra Rudy , Setiausaha Agung CEUPM, Sdra Zul Thye-Penyelaras Projek MTUC, Sdra Azli, Presiden KPPIT, Sdra Faizal Talib, AJK KPPIT, Sdra Fitri, Mantan Setiausaha Kesatuan AIROD, Sdra Mohd Rozi Ismail, AJK NUBE SMJ. Program ini telah bermula sejak jam 10.05pagi hinggalah jam 4.30petang. Terdapat ramai pengunjung yang sudi singgah di kiosk kami dan bertanyakan jalan penyelesaian dan nasihat berkenaan permasalahan yang mereka hadapi di tempat kerja mereka. Ramai yang kami jumpa, masih lagi tidak tahu berkenaan kesatuan sekerja. Kami mengambil kesempatan yang ada untuk menerangkan cara-cara menubuhkan kesatuan sekerja, kebaikan dan faedah menjadi ahli kesatuan sekerja dan juga hak mereka sebagai pekerja.
Disamping itu juga, kami berkesempatan menerangkan Pindaan Akta-Akta Perburuhan Malaysia kepada yang hadir di kiosk kami. Program kali ini agak meriah dengan kehadiran pengunjung yang ramai di pasaraya ini dan sekaligus kami berjaya mengedarkan hampir 400 risalah berkenaan fungsi dan tanggungjawab MTUC dan Cara-Cara Menubuhkan Kesatuan Sekerja. Disamping itu juga, kami telah mengedarkan risalah berkenaan peranan MTUC membantu pekerja asing di Malaysia.
Kami akan meneruskan Program Outreach yang ke-4 pada hari Ahad bersamaan 18-8-2019 di Terminal Bas Pasir Gudang. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dalam program outreach yang ke-3 ini.