Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
MTUC telah meneruskan siri jelajah Program Penerangan Pindaan Akta Akta Perburuhan Malaysia yang ke-2 di ILP Ipoh, Perak.Program ini dijalankan dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Solidarity Center (SC) dan Persekutuan Majikan Majikan Malaysia (MEF) telah berjaya dianjurkan.
Antara peserta yang dijemput ialah Encik Goh Song Weng dari MEF sebagai panelis pertama, Encik K Kunaseelan, Pegawai Khas kepada YB Menteri Sumber Manusia sebagai Panelis 2, Sdra Bala Somasundram, Naib Presiden MTUC sebagai panelis ketiga. Moderator forum ini ialah Encik David Welsh dari Solidarity Center.
Encik Raghwan dan Puan Christine dari ILO juga turut serta dan mengambil bahagian dalam jelajah ini untuk membawa kesedaran kepada orang ramai mengenai Pindaan Akta Akta Perburuhan.
Ibu pejabat MTUC diketuai oleh Dato Halim Mansor, Presiden, Sdra J Solomon, Setiausaha Agung, Sdra Effendy, Setiausaha Kewangan, Sdra K Soma, Penolong Setiausaha Pendidikan, Penyelaras MRC Sdra Zul Thye, diikuti oleh Ahli Majlis Am yang berada dalam jawatankuasa program tersebut.
Ahli-ahli Kesatuan Bahagian Perak dengan jumlah 50 peserta dari pelbagai Kesatuan Sekerja dan orang awam turut menghadiri program ini.
Pengerusi majlis telah dipengerusikan adalah Puan Maimunah manakala bacaan doa disempurnakan oleh Sdra Effendy. Kami juga berbangga untuk menyampaikan lagu Solidariti MTUC yang telah diber nafas baru oleh Sdra Fitri dalam memasukkan gambar kenangan pucuk pimpinan MTUC sebelum ini dan semasa. Beberapa gambar perjuangan, aktiviti dan sejarah kami untuk kebaikan para pekerja telah ditunjukkan.
Encik Raghawan melahirkan penghargaan kepada MTUC atas usaha berterusan untuk mempromosikan dan menyuarakan kepada semua pekerja mengenai Pindaan Akta Akta Perburuhan.
Sdra J Solomon, Setiausaha Agung dalam ucapan ringkasnya mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dalam program ini.
Beliau sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Solidarity Center yang menaja siri jelajah program ini bagi warga pekerja di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Sdra J Solomon mengingatkan semua ahli Kesatuan Sekerja bahawa kita perlu menggunakan peluang ini untuk faedah pekerja di Malaysia yang tidak pernah kita lihat dalam 60 tahun yang lalu. Ia harus memberi manfaat kepada semua pemegang taruh dalam menyediakan masa depan kerja.
Bagi memastikan Pindaan Akta Akta Perburuhan Malaysia memberi faedah kepada semua, pihak pemegang taruh yang berkaitan juga harus bersedia untuk mengubah pemikiran mereka untuk menerima perubahan mengikut Piawaian Buruh Antarabangsa.
Dato Halim Mansor, Presiden MTUC turut membuat ucapannya dengan mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang telah menghadiri program ini. Beliau memberi taklimat tentang latar belakang Kesatuan Sekerja sejak penubuhan AMESU dan MTUC, mengenai bagaimana perjuangan untuk kebaikan pekerja telah ditunjukkan.
Beliau juga mengingatkan semua Kesatuan Sekerja untuk melakukan lebih banyak jangkauan (outreach) bukan sahaja untuk menjangkau ahli kesatuan mereka sendiri tetapi juga masyarakat.
Beliau juga telah menggalakkan semua peserta untuk belajar dan memahami lebih lanjut tentang konvensyen ILO dan kegunaannya di Malaysia.
Naib Presiden Sdra Bala Somasundram juga mengingatkan bahawa Pindaan Akta Akta Perburuhan Malaysia perlu dilakukan untuk melindungi pekerja yang memenuhi keperluan semua rakyat Malaysia.
Sdra Bala Soma berkongsi keprihatinannya terhadap beberapa pindaan yang dicadangkan seperti yang telah dilakukan oleh wakil MEF, Encik Goh dan wakil Kerajaan, Encik Kunaseelan. Beliau amat prihatin tentang perubahan ini dan demi kebaikan semua warga pekerja.
Para hadirin tidak berhenti dari bertanya soalan semasa sesi soal jawab.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com