Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
MTUC Menghadiri jemputan dari Syarikat Central Sugar Refinery Sdn Bhd dalam majlis menandatangani Perjanjian Bersama ke 11 di antara Kesatuan Pekerja Pekerja Central Sugars Refinery bersama Central Sugar Refinery Sdn Bhd.
Wakil MTUC yang hadir dalam majlis yang bersejarah ini ialah Sdra J Solomon-Setiausaha Agung, Sdra Nadarajan-Ahli Majlis Am, Sdra K Soma-Penolong Setiausaha Pendidikan, Sdra Rudy-Ahli Majlis dan Sdra Zul Thye-Penyelaras MTUC MRC.
Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan Putrajaya, Tuan Shanmugam A/L Thiagarajan bersama dengan pegawai-pegawai kanan JPPM.
Menurut Presiden KPP CSR Sdra Abdul Fairuz, ini adalah majlis menandatangani CA yang julung kali diadakan di hotel dan disaksikan oleh wakil JPPM dan juga MTUC. Perbincangan Perjanjian Bersama ini telah berjalan hampir 12 bulan yang turut dibantu oleh pihak MTUC dalam sama-sama menyumbangkan khidmat nasihat dan input berkesan demi penambahbaikan faedah ahli-ahli KPP CSR. Di antara penambahbaikan faedah yang berjaya dicapai ialah :
1. Kenaikan 100% elaun tetap
2. Kenaikan elaun kedatangan pekerja yang dibayar sebanyak RM30.00 setiap 6 bulan di naikkan kepada RM150.00 setiap bulan.
3. Kenaikan belanja perubatan klinik bagi keluarga dari RM250.00 ke RM1000
4. Kenaikan sebanyak 8% Pelarasan Gaji.
Encik Hishamuddin, CEO CSR berkata, dengan termeterainya Perjanjian Bersama ke 11 ini, beliau yakin kebajikan pekerja lebih terpelihara dan dapat meningkatkan motivasi, usaha dan prestasi yang tinggi demi peningkatan produktiviti syarikat. Pihak syarikat akan meneruskan amalan-amalan yang baik dan banyak aktiviti peningkatan akan dijalankan terutamanya peningkatan latihan dan skil pekerja. Ini akan memberikan impak yang positif bagi semua pekerja. Harapan pihak majikan ialah semoga usahasama pihak Kesatuan dan syarikat dapat dilipat gandakan dan bersama mengembleng tenaga untuk melakarkan kejayaan yang lebih cemerlang di masa akan datang.
Pihak MTUC ingin merakamkan segulung tahniah dan syabas kepada semua Ahli Jawatankuasa Kerja KPP CSR yang bertungkus lumus dan tidak pernah menyerah kalah sepanjang proses persiapan dan perbincangan CA ini.
Kami yakin semoga KPP CSR akan bekerjasama dengan majikan supaya terus berjaya di masa hadapan!
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com