Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Pertemuan dengan perwakilan ILO Kuala Lumpur hari ini telah diadakan di Wisma MTUC. ILO KL diwakili oleh Encik Hugo Van Noord – Pengurus Projek dan Cik Dominique Fernandes, Penyelaras Projek Nasional – Projek Pembaharuan Akta Kerja dan Perhubungan Perusahaan di KL.
MTUC yang diwakili oleh Sdra J Solomon- Setiausaha Agung, Sdra Sivanathan- Ahli Majlis Am, Sdra Rudy- Ahli Majlis Am, Sdra K Soma-Penolong Setiausaha Pendidikan, Sdra Zul Thye- Penyelaras MRC, Sdra Azri- Exco NUBE, Sdra Ridhwan- Setiausaha Agung EIWU, Sdra Sarathi- Pegawai Perhubungan Perusahaan EIWU dan 2 peguam LAC.
Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan lebih lanjut kerjasama antara MTUC yang berkaitan dengan projek tersebut. Dan bagaimana projek ini dapat menyokong MTUC dalam pembaharuan Akta Kerja dan sebarang aktiviti pembangunan kapasiti termasuk rundingan perjanjian bersama.
Encik Hugo menyebutkan terdapat 3 perkara utama untuk pembaharuan undang-undang iaitu pembaharuan Akta Kerja, sistem pegawai pemeriksa Jabatan Tenaga Kerja dan sistem Pertikaian Perusahaan. ILO akan mewujudkan perhubungan dan kerjasama dengan kementerian bersama MTUC dan MEF.
Sdra J Solomon memohon kepada ILO untuk memberi latihan mengenai CBA, Perkara berkaitan penggajian terutamanya dalam memahami akaun kewangan, perbincangan meja bulat untuk kesefahaman menyeluruh bagi pembaharuan akta kerja secara holistik dan ILO harus mempunyai lebih banyak penglibatan dengan MTUC berhubung dengan perkara yang berkaitan dengan Kesatuan dan pekerja di Malaysia samada di peringkat serantau mahupun di peringkat nasional.
MTUC dan wakil wakil ILO berjaya mengadakan mesyuarat yang bernas dan akan mengemukakan pembaharuan undang undang kerja secara holistik dalam masa dua minggu. Ini akan menjadi pelan masa depan untuk dua setengah tahun yang akan datang untuk kepentingan pemimpin kesatuan dan pekerja di negara ini.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com